PENDAFTARAN

PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan.


YURAN KEAHLIAN 

Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut :
BIL
JENIS KEAHLIAN
YURAN PENDAFTARAN
YURAN TAHUNAN
1
Ahli Gabungan
RM10
RM200
2
Ahli Individu
RM10
RM10
3
Ahli Bersekutu
RM10
RM100
4
Ahli Kehormat
Percuma
Percuma


Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. 

Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh 1 tahun menyebabkan keahliannya terbatal. 

Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM 100 (Ringgit Malaysia satu ratus sahaja). Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

Popular posts from this blog

Sekitar Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018

KURSUS KELAYAKAN ASAS PEGAWAI CATUR PARALIMPIK

Perginya Penggiat dan Pelopor Catur OKU di Malaysia, International Arbiter (IA) Haji Abdul Latiff Mohamad