KURSUS KELAYAKAN ASAS PEGAWAI CATUR PARALIMPIK



          HEBAHAN : PENANGGUHAN KURSUS KELAYAKAN ASAS PEGAWAI CATUR PARALIMPIK

Dimaklumkan bahawa Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia akan menganjurkan kursus kelayakan asas pegawai catur paralimpik namun disebabkan sedikit permasalahan kursus ini yang dijadualkan pada 12&13 Oktober 2018 terpaksa di tunda seperti ketetapan berikut:

          Program : KURSUS ASAS KELAYAKAN PEGAWAI CATUR PARALIMPIK
          Tarikh    : 2&3 November 2018
          Tempat  : Institut Latihan MAKPEM, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai pengurusan catur paralimpik negara yang berwibawa dari segi pengetahuan undang-undang permainan catur, teknikal pengurusan dan penyelenggaraan peralatan pertandingan di samping peka terhadap keperluan khas setiap kategori atlet paralimpik.
Sukacita dengan ini, dijemput anda yang berminat untuk menyertai kursus tersebut dengan mengisi borang yang disediakan. Kumpulan sasar seperti berikut sangat dialu-alukan untuk mengambil bahagian:
  • Guru-guru sekolah pendidikan khas;
  • Guru-guru sukan / pendidikan jasmani sekolah aliran perdana;
  • Graduan sains sukan;
  • Pegawai jabatan awam atau swasta yang terlibat dengan pengurusan sukan;
  • Penggiat catur di jabatan awam, institusi kewangan, syarikat korporat mahupun di peringkat kelab atau pertubuhan.


Manfaat kepada peserta:
  • Makanan sepanjang kursus;
  • Penginapan satu malam;
  • Sijil tamat kursus;
  • Kelayakan asas pegawai catur paralimpik Malaysia sebagai pegawai sekretariat, kapten pasukan, jurulatih, pegawai teknikal, pengadil atau pembantu pertandingan;
  • Catur OKU menawarkan potensi luas di peringkat sekolah, kelab, negeri, kebangsaan, ASEAN, Asia, mahupun kejuaraan sedunia.


Yuran penyertaan : RM300/seorang peserta.
Pertanyaan boleh hubungi En Firdaus di 0134871304 / 0340322111


Berminat?
Sila isi borang dibawah, buat pembayaran ke akaun Persatuan Catur OKU Malaysia, CIMB Bank 8602158599 dan hantarkan kepada emel kami, okucatur@gmail.com.
DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD!!


Borang Penyertaan

Popular posts from this blog

Sekitar Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018

Perginya Penggiat dan Pelopor Catur OKU di Malaysia, International Arbiter (IA) Haji Abdul Latiff Mohamad