Perginya Penggiat dan Pelopor Catur OKU di Malaysia, International Arbiter (IA) Haji Abdul Latiff Mohamad


International Arbiter (IA) Haji Abdul Latiff Mohamad
(12/3/1948 -  20/9/2018)

Dunia catur amnya dan Persatuan Catur Orang Upaya Malaysia khasnya merasa kehilangan besar dengan pemergian Naib Presiden PCOKUM yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 September 2018 (pada malam Jumaat) lebih kurang jam 9.00 malam di Hospital Ampang, Selangor. 

Jasa beliau amat besar yang telah mencetuskan gerakkan seawal tahun 1987 bagi membangunkan pertandingan catur secara kompetitif khas untuk golongan OKU. Puncak kecemerlangan perjuangan beliau dalam tempoh 30 tahun menyaksikan tertubuhnya sebuah persatuan kabangsaan catur bagi orang kurang upaya, manakala acara catur telah menyumbang rekod 9 emas pada temasya sukan Asean Para Games, Kuala Lumpur 2009.

Warga catur OKU merasa kehilangan seorang yang sangat komited, progresif dan dedikasi dalam menjayakan aktiviti catur disamping gurau senda beliau sepanjang pertandingan yang beliau bertindak sebagai arbiter, jurulatih mahupun pegawai teknikal.

Persatuan Catur Orang Upaya Malaysia mengucapkan tahziah kepada ahli keluarga almarhum dan seluruh gabungan persatuan ini dianjurkan memanjat doa untuk roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. 
Al-Fatihah

Dato' Haji Mah Hassan Bin Haji Omar
President
Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia

Popular posts from this blog

Sekitar Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018

KURSUS KELAYAKAN ASAS PEGAWAI CATUR PARALIMPIK