Sekitar Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018
Pada 6 Oktober 2018 telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Catur Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia & Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia Kali Ke 7 2018 bertempat Dewan KL Braille Resources. Bermula jam 9.00 pagi pertandingan telah dimulakan dengan pertandingan berlangsung 6 pusingan. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori penglihatan B1, kategori campuran (penglihatan B2/B3 / pendengaran) dan kategori fizikal. Pertandingan catur ini telah berakhir pada pukul 4 petang dan di sambung pula dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan kali ke 7.
Senarai Pemenang Pertandingan
- Kategori Penglihatan B1
- Johan : Azril B Che Ibrahim
- Naib Johan : Mohamed Johar B Johari
- Ke 3 : Khusaini B Saimon
- Kategori Campuran (Penglihatan B2/B3/Pendengaran)
- Johan : Saharuddin B Mappa
- Naib Johan : Saiful Azham B Othman
- Ke 3 : Hj Shaharuddin B Sidek
- Kategori OKU Fizikal
- Johan : Ahmad Nazmi B MD Nizam
- Naib Johan : Muhammad Ikmal Faiz B Abd Rahman
- Ke 3 : Hasidin B Abdul Rashid